You are currently viewing Unduk Ngadau Kamaatan Borderless 2021 Kudat

Unduk Ngadau Kamaatan Borderless 2021 Kudat

  • Post author:
  • Post category:Kudat

 

Pertandingan Unduk Ngadau adalah satu pertandingan yang tidak asing lagi di Sabah, Pertandingan Unduk Ngadau sering dipertandingkan di bulan Mei bagi meraikan sambutan hari Kaamatan. Walaubagaimanapun, pertandingan Unduk Ngadau pada tahun ini berbeza daripada pertandingan Unduk Ngadau yang sebelumnya, hal ini kerana negara kita sedang dilanda virus COVID 19. Oleh sebab itu, pada tahun ini pertandingan unduk ngadau akan dijalankan dengan mengikuti SOP yang telah ditetapka oleh kerajaan.

Baru-baru ini, pertandingan unduk ngadau peringkat daerah Kudat telahpun berakhir, dan Lilliean Lasrin yang erumur 19 tahun telah dinobatkan sebagai johan Unduk Ngadau Kaamatan Borderless 2021 Kudat dia mengalahkan 12 peserta lain yang bertanding  merebut mahkota pada acara yang diadakan di pejabat daerah Kudat pada malam 2 May 2021.

 

Lilliean Lasrin memperolehi wang tunai RM2,500 dan hamper serta mendapat sponsor produk kosmetik. Diikuti dengan Naib Johan ialah H. Irenie Hilary yang memenangi wang tunai sebanyak RM 1,500 beserta hamper. Tempat ketiga telah jatuh kepada Joanna Mathilda Jaini yang menangi wangtunai sebanyak RM 1000 serta hamper.

Semasa pertandingan unduk ngadau ini berlangsug, pihak yang bertanggungjawab telah mengatur acara tersebut dengan cara mematuhi SOP yang ketat dan terkawal. Para penyokong tidak akan dibenarkan untuk dating ke tempat acara tersebut, bagi yang inigin menyaksikan pertandingan tersebut dan ingin menyokong, pihak yang bertugas telah membuat siaran langsung di laman Facebook.

Pada pertandingan ini para peserta memperagakan pakaian tradisi etnik Rungus serta aksesori-aksesori kaum Rungus, peserta juga akan diberikan soalan secara rawak dan akan menjawap soalan tersebut sama ada dalam Bahasa rungus atau Bahasa melayu. Salah satu daripada soalan yang telah ditanya kepada peserta unduk ngadau ialah, ‘bagaimanakah cara anda memperkenalkan daerah kudat kepada orang luar’.

 

 

Lilliean Lasrin akan mewakili Daerah Kudat dalam pertandingan Unduk Ngadau Borderless peringkat Negeri yang akan diadakan pada akhir Mei ini. Mailah kita sama memberi sokongan dan semangat yang kuat kepada wakil daerah kita.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk di

https://www.facebook.com/UNKK2021 (FB Unduk Ngadau Kaamatan Kudat)

https://www.facebook.com/ikudathq (FB iKUDAT)

 

written by Franner