TERBANG TINGGI NAN JAUH

RM20.00

Raymond Majumah berasal dari Matunggong, Kudat, Sabah. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang psikologi dan komunikasi serta Diploma Pendidikan Malaysia (DPM). Bertugas sebagai guru di SMK.Sikuati, Kudat, Sabah.

Genre penulisannya ialah puisi, cerpen, drama pentas, cerita rakyat dan esei budaya tradisi yang telah disiarkan oleh pelbagai wadah penerbitan seperti berikut: Sabah Times, Daily Express (Harian Express), Borneo Mail, Borneo Post, (utusan Borneo), Berita Sabah, Wadah, Dewan Sastera, Watan, Variasari, Mastika, Media Hiburan, Bacaria, Warta Perdana, Akademik, Remaja, Fantasi, Perempuan, Famili, Majalah Nasional, Jurnal Puisi Ikatan Penulis Sabah, Watan Sabah, Jendela Sabah dan RTM Kota Kinabalu, Sabah.

Karya-karya juga termuat dalam antologi bersama Jalan Ke Hujung Taman, 1991 (puisi), Al-Kahfi, 1992 (puisi), Perkasihan Musim, 1992 (puisi), Kiswah Rindu, 1993 (puisi), Rindu Ilahi, 1994 (puisi), Angin Pagi, 1994 (cerpen), Qiam, 1995 (puisi), Khafilah, 1996 (puisi), Angin Di Bawah Gunung, 1996 (puisi), Ontobo Yang Hilang, 1996 (cerita rakyat), Laut Asyik, 2000 (puisi), Cahaya, 200 (puisi), Tasbih Hayat, 2001 (puisi), Teluk Persalaman, 2001(puisi), Runtuh, 2001 (cerpen), Sejambak Bunga Emas, 2002 (puisi), Sapaan Bonda, 2002 (puisi) serta Iktikaf , 2003 (puisi). Buku yang sudah diterbitkan ialah Selamat Tinggal Sabah (Kumpulan Cerpen,2003). Pernah menerima penghargaan Hadiah Sastera Sabah dalam bidang puisi dan terus berkarya sehingga kini.

Terbang Tinggi Nun Jauh adalah kumpulan puisi persendiriannya yang pertama diterbitkan. Puisi-puisi yang terhimpun dalam kumpulan ini adalah puisi yang telah dihasilkan dari tahun 1989 sehingga 1999 (10 tahun), yang menggarap pelbagai tema yang serasi dengan kehidupan manusia sejagat, disamping banyak menyentuh suasana tenteram di kawasan kampung, yang akrab dengan kehidupan peribadi penyairnya.

“Raymond Majumah melihat erti kehidupan moden sebagai kehidupan moden sebagai kehidupan yang menimpa rakyat marhaen yang derita dan sengsara akibat pemodenan dan kerosakan pada alam sekitarnya.. Dia ialah penyair yang mewakili si kecil yang hina-dina.”

Description

Kumpulan Puisi

RAYMOND MAJUMAH