RUNGUS- Peribumi Momogun Sabah

RM35.00

Raymond Majumah ialah etnik Rungu yang aktif menulis dalam pelbagai genre seperti puisi, cerpen, drama, cerita rakyat dan esei. Beliau merupakan seorang aktivis budaya, sastera dan bahasa yang banyak menulis tentang suku kaum Rungus.

Buku ini mengandungi maklumat tentang suku kaum Momogun Rungus. Suku kaum yang terdapat di Sabah ini mempunyai daya tarik dari segi budaya yang asli, bahasa yang tersendiri, sastera yang amat indah, dan adat istiadat sebagai pengawal sosial sehingga kini.

Buku ini juga memaparkan beberapa isu lain yang agak menarik sepaerti istilah Momogun yang kontroversi dan hubungannya dengan rumpun Kadazandusun-Murut (KDM), kepercayaan kuno serta kuasa-kuasa ghaib dan sebagainya.

Buku ini perlu dibaca oleh semua lapisan masyarakat, khususnya mereka yang mahu mengenali suku kaum Momogun Rungus dengan lebih mendalam. Melalui buku ini kita akan mengetahui bahawa suku kaum Momogun Rungus mempunyai petuturan yang agak kasar tetapi sangat halus hati nuraninya.

Category: