NYIUR GADING TINGGI MENJULANG

RM25.00

“Kath, mari ajak rakan-rakan sastera kita bergabung dalam satu antologi cerpen”. begitu kata Saudara Yatim bila suatu hari pertemuan kami dengan beberapa orang rakan penulis dan saya menjadi sangat teruja. Dari pengalaman saya menyelenggara dua buah antologi puisi iaitu KELARAI dan KUNTUM KASIH, membuat saya merasai dengan pertemuan dan kerjasama, ada hubungan silahturahim yang baik dalam setiap pertemuan daan dan perbincangan dengan rakan-rakan. Kami membincangkan tentang impian untuk mempunyai nuku sendiri suatu masa nanti dan untuk permulaan biarlah antologi menjadi pembakar semangat kami.

Saya mengambil peluang keemasan untuk menyatakan terima kasih yang tidak terhingga pada Yatim, Raymond, Anthonia, Norjanah, Clara, Noraini, Martinah, Marcella, Azridah dan Rozeline yang dengan berbesar hati dan harapan, bersetuju bergabung dalam antologi cerpen ini.

Setinggi-tinggi penghargaan buat semua yang rakan dan semoga, antologi ini ada lah tanda persahabatan yang erat dan cita-cita untuk memperbaiki mutu penulisan kami.

Description

Penulis : Dr. Azlan @ Raymond Majumah

Diselenggar : Kathirina Susanna Tati