NAFAS BUMI

RM25.00

150 puisi, 34 penulis MOMOGUNSIA. Puisi-puisi dalam antologi ini menyentuh pelbagai isu bertunjangkan jati diri KDM. Setiap penulis berkongsi resah dan gelisahnya tentang wujud masing-masing sebagai pengamat dan perakam zaman. Antologi puisi dengan pendekatan sastera etnik seperti dalam antologi ini jelas satu sumbangan yang amat bermakna oleh MOMOGUNSIA yang memberi keunikan dan warna-warni dalam ujan penulisan puisi di negara ini.

KOTOBIAN TADAU KAAMATAN

Sedapnya bosou bikinan si Odu,

barait bersikut di belakang si Aki,

Mitatabang tokou bersatu padu,

juga mirukukut berbagi rezeki.

 

Ikan kembung dalam kakanan,

campur juga bawang dan lada,

Satu kampung mari moginakan

mi’ilang bersama  tua dan muda.

 

Durian merah buah tempatan,

banyak tuhau tumbuh serumpun,

Datang sudah Tadau Kaamatan,

hari misompuru tulun Momogun.

 

RAMZAH DAMBUL

Tadau Kaamatan, 2017

Description

ANTOLOGI PUISI MOMOGUNSIA

Penulis : Dr. Azlan@Raymond Majumah

Penyelenggara : Kathirina Susanna Tati