Muzium Mini Etnik Rungus

RM10.00

Muzium Entik Rungus RM 10 per seorang :

Muzium Entik Rungus ini merupakan muzium pertama yang berunsurkan kebudayaan entik Rungus di Daerah Kudat  yang telah  di wujudkan sejak tahun 2013 .  Muzium ini telah dilawati oleh oleh pengkaji pengkaji luar negara seperti Singapore , Thailand dan beberapa buah negara lain. Selain itu keunikan yang terdapat pada Muzuim Entik Rungus ini adalah berkaitan tentang  barangan antik yang pernah digunapakai oleh generasi lama satu ketika dahulu.

 

Description

Usahawan Sabah, dari Daerah Kudat.
Live bersama Dr Raymond Majumah
Jam : 10:00 pagi
Tarikh: 12/12/2020
Tempat : Cehrolina VC (page)
website : www.ikudat.com
Pemilik Muzium Mini Etnik Rungus, Dr. Raymond Majumah.
Menerokai kewujudan Muzium Mini Etnik Rungus yang menyimpan seribu misteri ini bakal menjadi kawasan pelancongan terbaharu yang boleh dilawati ramai pelancong, sama ada pelancong yang datang secara terus atau melalui my virtual experience yang akan kami adakan pada Januari 2021.
.
.
Dr. Raymond Majumah, pemegang PhD dalam bidang kajian tradisi lisan etnik Rungus, telah mengambil inisiatif menulis buku yang bertajuk Rungus Peribumi Momogun Sabah. Buku ini telah mendapat perhatian dalam kalangan pengkaji etnik Rungus disebabkan penceritaan, kandungan dan fakta berkenaan bangsa Momogun.
.
.
Pada masa kini, Dr. @Raymond Majumah adalah perpustakaan hidup yang berada dalam muzium ini, boleh membekalkan maklumat dan pelbagai pengetahuan tentang etnik Rungus yang berada dalam minda dan dikuasainya.
.
.
Rasa cinta yang mendalam terhadap kebudayaan dan bangsanya, mendorong beliau untuk mengumpul barangan antik Rungus dan berkongsi dengan generasi baharu serta pelancong dari dalam dan luar negara yang akan berkunjung ke muzium ini.
.
.