KULINTANGAN

RM350.00

Alat muzik ini terdiri daripada 9 pcs. Alat muzik ini cendrung digunakan untuk muzik kebudayaan bagi semua etnik

untuk pertanyaan lanjut anda boleh berhubung dengan Perkhidmatan pelanggan kami di email: ikudathq@gmail.com tel : +6013 8852149

Description

Alat muzik ini dimainkan bagi memeriahkan lagi sesuatu majlis serta menghiburkan para tetamu yang hadir ke majlis-majlis seperti kenduri,perkahwinan,khatam al-Quran,adat bercukur jambul,dan berkhatan.

Asalnya alat muzik ini diperbuat daripada logam tembaga. Namun,pada masa ini,besi biasa seperti M15,M16,M18 dan besi tangki 48 telah digunakan bagi menggantikan logam tembaga dalam pembuatan alat muzik Kulintangan.

.
 Lazimnya,Kulintangan diiringi oleh gong yang biasanya diperbuat daripada besi M21.Muzik yang dihasilkan oleh Kulintangan bersama paduan bunyi alat muzik lain dikenali sebagai muzik bertindik. Terdapat dua muzik bertindik yang popular iaitu Pukulan Tidung dan Pukulan Kedidi.
Alat-alat muzik lain seperti dua buah gong,sebuah canang dan sebuah gendang sering dimainkan bersama Kulintangan.