You are currently viewing MUZIUM MINI ETNIK RUNGUS DI KUDAT

MUZIUM MINI ETNIK RUNGUS DI KUDAT

Barangan  yang terdapat di Muzium Etnik Rungus
Sempena 3nd Community Based Tourism Sabah Beliau telah menyampaikan nyanyian tradisional
.
.
.
.
PEMILIK MUZIUM MINI ETNIK RUNGUS ,
Dr.Raymond Majumah
.
Menerokai kewujudan Muzium Mini Etnik Rungus yang menyimpan seribu misteri ini bakal menjadi kawasan pelancongan terbaharu yang boleh dilawati ramai pelancong, sama ada pelancong yang datang secara terus atau melalui my virtual experience yang akan kami adakan pada Januari 2021.
.
.
.
Dr. Raymond Majumah, pemegang PhD dalam bidang kajian tradisi lisan etnik Rungus, telah mengambil inisiatif menulis buku yang bertajuk Rungus Peribumi Momogun Sabah. Buku ini telah mendapat perhatian dalam kalangan pengkaji etnik Rungus disebabkan penceritaan, kandungan dan fakta berkenaan bangsa Momogun.
Pada masa kini, Dr. @Raymond Majumah adalah perpustakaan hidup yang berada dalam muzium ini, boleh membekalkan maklumat dan pelbagai pengetahuan tentang etnik Rungus yang berada dalam minda dan dikuasainya.
.
.
.
Rasa cinta yang mendalam terhadap kebudayaan dan bangsanya, mendorong beliau untuk mengumpul barangan antik Rungus dan berkongsi dengan generasi baharu serta pelancong dari dalam dan luar negara yang akan berkunjung ke muzium ini.
.
.
.
Berikut merupakan beberapa  buku yang telah ditulis oleh beliau:
  Rungus Peribumi Momogun Sabah
     Gema Nabalu
      Nafas Bumi
Terbang Tinggi Nan Jauh
Banyak lagi buku yang telah beliau tulis bersama beberapa panel lain anda boleh mendapatkan buku ini di website ikudat.com terima kasih.