You are currently viewing MARKET

MARKET

Sebelum kita memulakan sesuatu pemasaran, kita perlu kaji dahulu pasaran yang ingin disasarkan dalam kempen pengiklanan kita. Antara cara untuk mengkaji pasaran adalah dengan menggunakan SWOT analysis.

SWOT Analysis adalah satu teknik analisis untuk mengetahui keadaan/prestasi kita dan persaing kita. Antara faktor yang diambil kira adalah kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman dalam bisnes kita. Ini dapat membantu kita untuk ketahui kemampuan bisnes kita dalam pasaran semasa. Ia juga  digunakan untuk kenal pasti peluang dan ancaman yang bisnes kita bakal hadapi. Ia merupakan gabungan antara 4 perkataan dalam bahasa Inggeris.

Yang membawa makna berikut:

 


  1. STRENGTH

Kekuatan dalaman yang ada dalam bisnes kita. Ia berada dalam kawalan kita.

  • Apa kelebihan produk kita berbanding dengan pesaing kita?
  • Apa aspek dalaman yang positif yang memberi kelebihan pada bisnes kita.
  • Apakah sumber sumber yang kita ada? Sikap pekerja yang positif reputasi atau teknologi?

 

2. WEAKNESSES

Apakah Kelemahan dalaman yang memberi kesan buruk pada bisnes kita? Selepas kelemahan ini berjaya ditemui,ia perlu cepat diperbaiki. Ini untuk mengelakkan daripada pesaing mengambil kesempatan terhadapa kelemahan bisnes kita.

  • Adakah bisnes kita bertapak ditempat yang kurang pelanggan sasaran?
  • Apa kekurangan bisnes kita?
  • Adakah bisnes kita mempunyai sumber yang terhad?
  • Apa yang perlu diperbaiki untuk mencapai objektif bisnes kita?

3. OPPORTUNITIES

Peluang merupakan faktor luaran yang boleh membantu bisnes kita menjadi lebih maju dan berjaya. Ia dapat membantu bisnes kita untuk berkembang dan bergerak lebih jauh dalam pasaran.

  • Apa peluang yang wujud dalam pasaran yang kita boleh dapat manfaat daripadanya?
  • Masih adakah peluang untuk produk kita dipasarkan pada waktu wang ringgit Malaysia jatuh?
  • Adakah terdapat pertumbuhan pasaran atau ada perubahan yang lain dipasaran yang mewujudkan peluang?

4. THREAT

Ia adalah ancaman atau risiko dari pesaing yang boleh memberi kesan negatif pada bisnes kita. Oleh itu, kita perlu fikirkan bagaimana untuk atasi risiko tersebut supaya ia tidak berlaku.

  • Siapa persaing terbesar kita?
  • Apakah faktor -faktor luar kawalan yang boleh meletakkan perniagaan kita berisiko tinggi?
  • Bagaimana pula dengan perubahan dalam tingkah laku pengguna, ekonomi ,atau peraturan peraturan kerajaan yang boleh mengurangkan hasil jualan bisnes kita?
  • Apa ancaman yang boleh menganggu usaha pemasaran kita?

Berdasarkan kajian barat, teknik SWOT ini amat sesuai dan fleksibel dalam membantu setiap jenis bisnes ( termasuk bisnes kita) dalam proses membuat keputusan berkenaan strategi bisnes mereka, tidak kira kewangan , pemasaran dan lain lain.

5. AUDIENS

Sekarang, kita perlu tahu dan kaji siapa pula sasaran audiens untuk bisnes kita. Untuk mengkaji audiens sasaran, kita perlu membina Customer Avatar.

dalam Fb Ads untuk memilih audiens ada 4 data utama:

 

  • Geografi
  • Demografi
  • Psikologi
  • Sosiografi

 

written by Cehrolina J.

rujukan : Buku Bagaimana Buat Bisnes Dari Planet Neptun.