5 SYARAT MENGGUNAKAN PLATFORM IKUDAT

PLATFORM PELANCONGAN DAN KEUSAHAWANAN

  1. Pengiktirafan dari agensi bidang
  • Usahawan mempunyai produk,Kawasan pelancongan dan perkhidmatan sendiri yang telah diiktiraf oleh agensi tertentu mengikut bidang yang anda ceburi dan pasarkan melalui iKudat bagi meyakinkan pelanggan terhadap kualiti produk,perkhidmatan dan industry pelancongan yang anda paparkan di Platform 

  • Ikudat Menyediakan Borang bagi urusan pendaftaran fasa 1, iaitu tapisan pertama untuk Produk,Perkhidmatan dan industri pelancongan. Melalui Pendaftaran borang Fasa 1 anda hendaklah menyediakan Salinan lessen,Salinan sijil pengiktirafan Produk,Perkhidmatan dan industri pelancongan bagi memudahkan urusan tapisan pertama.
  1. Pemilik Produk, Perkhidmatan dan Industri Pelancongan
  • Pemilik Produk, Perkhidmatan dan Industri Pelancongan hendaklah warganegara Malaysia dan mempunyai Kad pengenalan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara.
  • Usahawan yang mendaftar hendaklah memberi Salinan kad pengenalan.
  1. Gambar Produk, Perkhidmatan dan Industri Pelancongan.
  • Usahawan Hendaklah menyediakan sekurang kurangnya 3 photo daripada 3 sudut Produk, Perkhidmatan dan Industri Pelancongan yang menarik serta focus pemasaran usahawan untuk di iklankan melalui platform ikudat.
  • Gambar yang di sediakan hendaklah jelas, terang dan sahih dengan format JPEG image .(JPG) dan sekurang kurangnya mempunyai size 8.26MB.

Contoh Gambar Produk

  1. Usahawan produk & Perkhidmatan
  • Bagi Usahawan produk mereka hendaklah memastikan syarikat anda mempunyai sistem penghantaran yang terurus bagi memastikan produk yang di tempah oleh pelanggan sampai pada pelanggan berdasarkan permintaan mereka, mencukupi seperti yang telah di tempah, dalam keadaan selamat dan baik serta sampi pada waktu yang tepat seperti yang dijanjikan

Sistem iKudat yang anda perlu tahu:

5.Mengisi Borang fasa 1, tandatangan MOU dan Borang penerimaan.

  • Selepas anda membaca syarat ini dan anda bersetuju dengan syarat ini anda dibenarkan untuk mengisi borang fasa 1 yang disediakan dan menghantar borang yang disediakan.
  • Khidmat pelanggan kami akan memberi maklumbalas sebentar lagi.