“BINA JENAMA ANDA SENDIRI”

  • Post author:
  • Post category:Tips

 

Pernah tak mendengar peribahasa ” Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, Manusia mati meninggalkan nama”? boleh iKudat kaitkan dengan Jenama? cuma anda bayangkan anda membina sebuah Jenama yang bukan saja terpapar di bilboard tetapi memberi impak  positif dari sudut ekonomi kepada ramai orang.

Selagi boleh membantu diri sendiri dan  orang ramai, kenapa kita perlu bertangguh ?

Oleh yang demikian iKudat ingin kongsikan lima asas kaedah ” Bina Jenama Anda Sendiri” yang boleh anda guna pakai untuk memulakan Jenama anda sendiri.

   

1.Menentukan Target Market.

Seorang Founder  yang membina sebuah Jenama bermaksud anda sedar anda sedang memulakan perniagaan anda secara serius.  Untuk start up sesuatu perniagaan anda harus jelas dengan matlamat, struktur perniagaan  dan target market anda. Tetapi di dalam point pertama ini iKudat menekankan target market founder, ini bagi memudahkan  founder untuk melariskan produk Jenama anda.

Target market adalah satu proses untuk mengenal pelanggan anda, contohnya:

  • Mengenalpasti produk yang anda keluarkan untuk wanita atau lelaki.
  • Mengenalpasti lingkungan usia pengguna produk anda.
  • Mengenalpasti status, kegemaran dan paling terperinci  tahu masalah yang dihadapi oleh pelanggan anda, dan bagaimana produk yang anda telah Jenamakan boleh menyelesaikan masalah mereka.

Mengenal pelanggan adalah satu kajian terhadap individu dengan itu sangat mudahlah produk Jenama anda untuk laris di pasaran.

 

2.Menamakan JENAMA ANDA.

Jenama ada unsur yang paling penting, ia meninggalakan satu tanda di dalam fikiran pelanggan  atau pengguna berkenaan tentang produk anda, oleh itu amatlah penting untuk anda menamakan Jenama anda dengan nama yang ringkas dan senang untuk di ingati oleh pelanggan. 

Selain itu,  pemilihan warna Jenama juga merupakan tips yang penting bagi meninggalakan memori tentang produk anda.

 

    

 

3.Pemilihan Produk

Pemilihan Produk yang tepat berdasarkan passion anda adalah turut mempengaruhi hasil kerja anda! Tahukah anda ,apabila kita melakukan sesuatu perniagaan yang mampu menjana income dan kita seronok menjalankan perniagaan tersebut peluang untuk berjaya adalah lebih besar.

Pemilihan Produk Juga boleh dikaitkan dengan pemilihan bahan dan asas produk anda. Sebagai contoh anda berminat untuk membina Jenama Perabot anda sendiri, anda perlulah mengenalpasti bahan yang bersesuaian untuk produk anda, Kilang yang melaksankan projek tersebut hanya melakukan tugasan berdasarkan permintaan pelanggan. Sebagai seorang Founder yang bakal berjaya mengenal produk anda dengan lebih terperinci merupakan Key of success supaya lebih mudah untuk anda berkongsi maklumat tersebut kepada agent, dropship atau stokis  anda.

Oleh itu, sebelum membina Jenama anda kenalpasti asas bahan produk anda! 

 

      

 

4.Pendaftaran Agensi Pengiktirafan Produk.

Seperti yang kita sedia maklum terdapat produk produk tertentu yang memerlukan pendaftaran daripada agensi yang terlibat dalam penciptaan produk demi keselamatan pengguna.

iKudat sangat menitik beratkan  pendaftaran dan kelulusan daripada pihak berwajib. Founder adalah sangat disarankan untuk membuat pendaftaran dan mendapat kelulusan bagi menjamin kualiti produk adalah selamat digunakan.

Berkenaan tentang perkara ini iKudat akan mengadakan kelas untuk infomasi lebih komprehensif dan berkongsi ilmu kepada founder  yang ingin terus melangkah jauh dalam perniagaan anda!.

5.Tentukan Design Produk Anda.

Berdasarkan Pengalaman iKudat mengendali pelanggan yang ingin  “Membina Jenama Sendiri” terdapat segelintir founder baru yang masih tidak tahu bahawa Design produk yang mereka inginkan contohnya seperti pakaian, perabot dan kraftangan serta casing produk Kosmetik adalah ditentukan oleh founder sendiri.

iKudat hanya memberi pendapat atau cadangan  selebihnya adalah terpulang kepada keinginan founder sendiri.

Founder boleh membuat pilihan berdasarkan keinginan anda mengikut kelas perniagaan anda dan target market anda. 

Pengilang akan menyediakan design anda mengikut permintaan founder.

 

Sumber:

Cehrolina J. Founder iKUDAT & Vinusak Cehrolina.

www.ikudat.com